Wednesday, March 9, 2011

Reflexology Foot Map

Assalamualaikum..
Buat pembaca-pembaca yang sudi membaca blog ku ini yg x seberapa...Maklumla aku nie bkn nya pro lg. Harap-harap dapat la sambutan dan ramai yg bg komen nanti yea.. Langkah yang SERIBU bermula dari langkah yang SATU... hari ini Yunie nak cerita pasal urutan refleksologi.. Nie bukan apa semenjak dua menjak nie famili ku sibuk duk cerita pasal urutan refleksologi. Ari tu bapa mertua ku bw atok n nenek ku pergi buat urutan n then abih semua anak beranak dia duk promote.. Alhamdulillah nenekku ada GOUT tu da gagah berjalan, Da macam orang muda balik.hehe..Suamiku yang tercinta pun x ketinggalan join jg buat urutan nie. Umur muda lagi tapi maklum lah zaman muda dulu ada jatuh motor la, siap ada kereta masuk dalam gaung pn ada. So byk la jg masalah urat saraf ni. Skarang baru terasa sakit n lenguh2 badan.

Korang jangan x tau urutan x semestinya untuk orang yang ada masalah je. Kereta kalau kita x servis apa akan jadi? Kita pun sama la juga. Skarang makanan pun terdedah dengan berbagai bahan yang boleh membahayakan kesihatan tubuh badan. So dengan mengamalkan pemakanan Supplement dan juga urutan bole membantu untuk mencegah pelbagai penyakit.. Bayi yang baru lahir pun di sarankan kepada ibu bapa untuk membuat urutan supaya tumbesarannya berjalan lancar dan bayi kita lebih sihat.

Yunie pun cari lah serba sedikit pasal Urutan Refleksologi ni. Sebagai tanda menghargai umat manusia Yunie pun ingin berkongsi lah benda yang baik ni.. Anda semua kenalah baca sampai habis n ada sesuatu yang penting yang Yunie ingin konsikan di akhir post nie. Tapi Maaf lah anda kena buka kamus sikit.
  
APA ITU URUTAN REFLEKSOLOGI
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.
Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.


Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia.
Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.


Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.
Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar.
Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan.
Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.



Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit.
Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.


Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau rendah. Kajian mendapati individu yang memiliki lengkungan tulang tapak kaki normal lebih beruntung kerana tekanan berat badan dapat diagihkan sama rata pada keseluruhan tapak kaki sekali gus kedudukan pergerakan mereka lebih stabil.


Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.
Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali.
Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.


Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak.
Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.


Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara.
Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam.
Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan.
Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.


Kelebihan rawatan


Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda


Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar


Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.


Tanda-tanda sakit semasa diurut.


Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah.
Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah.
Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit.
Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.






DIBAHAGIAN BAWAH BLOG YUNIE NIE TERDAPAT  REFLEXOLOGY FOOT MAP UNTUK KORANG SUME BOLEH TENGOK TITIK-TITIK PUSAT SARAF SUPAYA KORANG TAU DAN BOLE LA KALAU-KALAU NAK BUAT URUTAN SENDIRI KAT RUMAH...

No comments:

Post a Comment